bercakap tentang kekurusan, teringat pula akan negara2 yg kekurangan makanan. bumi mereka tidak mampu membuahkan hasil tanaman. tanah begitu gersang. pokok2 hanya dua tiga kerat sahaja. family ramai (sape suroh). walau sekerap mana pon PBB membuat rancangan2 bagi mengatasi masalah ini, namun tetap tidak mencapai jalan penyelesaian.
mari kita lihat negara malaysia yang maju. makanan melimpah-limpah ke ladang gandum. walaupun negara ini mempunyai bekalan makanan yg mencukupi, kenapa masih ade yg kurus? (saya x termasuk) kenapa ade yg obes? jika kita mendakwa negara kita makmur, kenapa ade yg papa kedana? tengok dekat Bersamamu sahaja dah ramai. kata 1Malaysia.
kenapa dan mengapa semua³ ini berlaku?
Boros.
Menurut seorang ustaz di radio, boros didefinisikan sebagai menggunakan wang bukan di jalan allah. tgk di dalam peti ais kita sahaja, ustaz hasni boleh jamin bahawa masih berbaki lagi makanan yg dibeli 3 hari lalu di pasar ramadhan. keborosan dan pembaziran penduduk 1Malaysia sudah melampau. berdasarkan pengalaman saya bekerja katering di Putrajaya (OKK's kenduri), standard ambik ayam 2 ketul, seketul x usik. nasi suap sejemput je. SHTI.
Kesimpulannya, rancangan sifar miskin belum lagi diatasi Malaysia bahkan PBB. masalah antarabangsa ini bukanlah suatu yg mustahil utk ditangani kerana pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz telah membuktikannya. Kerajaan diharap agar tidak BOROS seperti membuat tandas berjuta² ringgit supaya HAK rakyat terpelihara.
No comments:
Post a Comment